Task.Task.Task!
Lama betul tak mencoret di blog ni, dah berhabuk bersawang dah jadinye.huhu.. Sibuk betul sejurus selepas konvokesyen..sibuk mengajar lagi.hehe. Kali ni di sekolah menengah pulak. Cabaran lain pula yang perlu dirintangi ;) Yang nakal tu biasalah, tetap ada yang nakal..adatlah budak2.. Yang matang pun ada, dengar kata..semua ada lah ;)
Minggu ni sibuk menanda kertas (marking final year exam papers). Ni rasa macam nak tercabut dah mata ni huhu. Mengantuk, tapi tahan jugak sebab nak siapkan jugak menanda kertas2 ni malam ni. pening.. *_*
Tugasan yang menanti :
♥ Esok : Uruskan sesi pemulangan buku-buku teks, serah dan bincang kertas jawapan Pendidikan Islam tingkatan 1 & 2 (harap-harap berjalan dengan lancar). Habis waktu persekolahan, akan diadakan mesyuarat guru buat kali terakhir...
♥ Ahad depan : Sambutan Hari Kebesaran Islam di sekolah. Kena jadi pengadil untuk pertandingan bercerita. Kena serahkan markah subjek Pendidikan Islam tingkatan 1 & 2 kepada guru penyelaras.
♥ Isnin depan : Masih lagi dalam sambutan Hari kebesaran Islam. Kena adili pertandingan deklamasi sajak / puisi Islam.
♥ Minggu depan : Kena bereskan urusan yuran PIBG. Maklumla kan, bukan semua pelajar mampu bayar yuran sekaligus macam tu..kena faham la kan..sebab tu la Allah bagi kita sifat penyayang, agar mudah memahami dan bertolak ansur. Kena bereskan urusan buku rekod Ko-ko & buku rekod kemajuan pelajar..
Ok, sambung menanda kertas balik...huhu... T.T
Kepada anak-anak murid terutamanya kelas 2 Iltizam, semoga kalian dapat memberikan kerjasama yang baik esok hari ye.. udah-udah le buli ustazah...tak larat nak gelak dah huhu :P
Wassalam..































