Saturday, April 19, 2008

Nama dan kita


Assalamu'alaikum..


Sepanjang berada di rumah, memang banyak perkara yang membuatkan saya banyak kali berfikir. Macam-macam ragam manusia ni ya? Akhir-akhir ini, banyak berita new born baby daripada insan-insan di sekeliling. Ehe, bestnya dapat baby! Tapi jangan lupa duhai ibu bapa..

Jangan lupakan apa? Hm, jangan lupa namakan nama anak anda dengan nama yang baik. Bukan saya yang cakap, tapi Nabi sendiri telah bersabda : "Di antara kewajipan ayah kepada anaknya ialah mendidiknya baik-baik dan memberi nama yang baik".

Saya nak bahagikan isu nama ni kepada 2 dunia. Kalau zaman dulu (zaman nenek,atok,mak dan ayah kita), kebanyakan nama-nama yang diberi agak pelik dan tiada makna. Nama yang diberi kebanyakannya ringkas-ringkas dan main redah aje. Contoh : Tipah, Limah, Bedah, Dolah, dan macam-macam lagi. Kalau zaman ni, bolehlah diterima sekiranya nama-nama yang diberi tidak mempunyai makna atau tidak mempunyai makna yang baik kerana pada waktu ini rata-rata masih kurang cakna dan kurang berilmu mengenai kepentingan memberi namayang baik kepada anak-anak. Tambahan pula, buku-buku rujukan masih terlalu sedikit dan hanya orang-orang alim yang tahu.

Zaman sekarang lain pula jadinya. Walaupun bahan-bahan rujukan sudah terlalu banyak, namun banyak pula nama-nama yang tiada makna. Kenapa? Kerana nama-nama pada zaman sekarang kebanyakannya sudah menjadi nama-nama moden. Konon-konon nama seiring peredaran zaman la.. Namun tahukah para ibu bapa sekalian, nama yang moden itu tidak bermakna jika nama-nama tersebut tiada makna di dalam Islam? Tak kurang juga ada ibu bapa yang memberi nama anak seperti nama-nama dari negara barat. Kalau yang fanatik dan terlalu meminati artis, terus diberi nama artis yang diminati kepada bayi yang baru lahir. Inikah contoh terbaik buat anak-anak? Nama yang sepatutnya Mariam, menjadi Maria. Sarah menjadi Sara. Macam-macam nama lagi lah.

Saya tak nampak nama-nama seperti Khadijah, 'Aisyah, Mariam, Fatimah, Abdullah, Ibrahim dan nama-nama lain sebagai nama yang kuno atau ketinggalan zaman. Malah nama-nama inilah sebenarnya telah menjadi nama 'besar' lagi gah dalam sejarah tamadun Islam. Saya pernah berdepan dengan seorang teman satu kampus berkenaan nama anak buahnya yang baru lahir. Bila ditanya apa nama baby tersebut, saya sangat terkejut bila mendapat tahu namanya langsung tiada makna. Lebih kurang nama Mya Zara macam dalam drama TV tu.Dahla panjang berjela-jela.. Aduhai....

Saya pesan untuk diri saya dan para pembaca sekalian, jangan sekali-kali ambil mudah dengan nama kerana nama juga adalah do'a. Kalau nama yang buruk diberikan kepada bayi yang baru lahir, maka secara automatik nama itulah yang turut sama mencorakkan kehidupannya dari kecil hingga hujung nyawa. Banyak buku-buku himpunan nama-nama Islam yang dijual di pasaran. Beli la sebuah. Kalau taknak beli pun, pastikan anda rujuk orang yang berilmu untuk menamakan anak anda.

Saya selalu terdengar rakan-rakan di sekeliling yang membuang huruf Ta Marbutoh di hujung kalimah. Sarah menjadi Sara. Apa kes ni?? Dah pendek dah kalimah Sarah tu, nak jadikan pendek macam mana lagi? Sebut betul-betul. Jangan asyik nak kejar kemodenan aje, sampai agama diremehkan. Ingat tu.

Jadi, namakan anak-anak anda kelak dengan nama yang baik. Itu sudah termasuk langkah awal dalam mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah. Bersama mendidik berteraskan Islam =)

Ma'assalamah,
Wassalam.

13 comments:

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

Nama saya Nurul 'Ain. kawan2 panggil Ain.. ada jugak panggil In. hehehehe..

betul bagi nama anak kene hati2. tahu maksud..

kak dayah said...

betul2.. teringat pesanan ustazah akak..ust hamidah aliman.. dia kata Nabi kita tak berapa suka nama muraqab (berantai2..means panjang la..).. dia kata lagi kalau boleh biar satu perkataan je.. nama tu jugala nama yg kita panggil..biar jadi doa.. anak first ustzh dia namakan Abdullah Fitri.. (lahir time raye di mesir).. nama panggilan abduh (hambaNya)..yg second namanya AHMAD.. just ahmad.. panggil pun ahmad..

Anonymous said...

Jgn cepat membuat andaian. Kalau betul nama anak tu Mya Zara, siapa kata takde makna? Zara di ambil dari perkataan arab iaitu Zahra yg membawa maksud Bunga ataupun yang berkilau. Cuma kadang ejaan sahaja yg berbeza. Samalah halnya dgn ejaan nama Mohammad, ada yg eja Mohammed atau Mohamad dan ada juga yg singkat spt Mohd. Sedangkan maknanya merujuk hanya kpd satu iaitu Nabi Mohammad SAW.

'izzahUlfah said...

Ye, tak kisah la ambil dari perkataan mana pun, yang penting SEBUTAN tu takde makna..Kenapa tak terus letak je Zahra? Lagi bagus bunyinya. Kes MUHAMMAD or MOHAMMAD or MOHAMED or MUHAMAD tu memang dah sedia maklum..

Kalau tersilap eja, yes, it can be accepted. But the thing is, ibu bapa kena tahu makna nama anak2..

MYA tu pulak maksudnya apa?

Maaf atas kelemahan diri. sekadar meneliti dunia kini..

amathebatman said...

Assalamualaikum...leh kite knalan????sy agak tertarik dgn blog awk...ad unsur kewanitaan masakini...ni url blog sy...amathebatman.blogspot,com

Anonymous said...

assalamualaikum..saya tertarik untuk berbincang nama 'zara' tu...
dr apa yg saya faham,kalau kita nak nama anak kita ada maksud (lazimnya dr bahasa arab)yg baik, bukan sebutan/panggilan saja yg penting,tetapi ejaan yg tepat dalam nahu bahasa arab juga penting.lain eja arabnya,maka xde la maksud arabnya.apa yg sy tau,yg dimaksudkan 'bunga' tu ialah 'zahrah'(zai ha ro ha).ada juga yg letak zahrah'(ada tanda bacaan dihujung&sebutan mulut 'zahrak')yg eja arabnya zai ha ro alif hamzah,yg bermaksud 'yg berseri'. kalau eja rumi 'zara',dah tentu eja arabnya cuma zai ro alif (takde ha or hamzah dihujung).saya belum pernah jmpa ada maksud nama 'zara'.kalau ada silalah berkongsi sbb sy juga ingin tau..mybe xsmua org mengambil berat ejaan arab sbb x digunakan(kdg2 guna juga bila anak tu masuk sekolah agama),tp pd saya kalau dah lari ejaan arabnya sekaligus mengubah maksud,xsesuaila kalau ibu bapanya claim yg nama anaknya tu ada maksud dlm bhsa arab..

Anonymous said...

saya ternampak makna nama Zara adalah puteri..tetapi tidak tahu sahihnya..cuma berkongsi dan memberitahu:)

PurpleSakura said...

betul tu..
saya ade terjumpa mya membawa maksud batu permata ke batu ape tah...tp elok la maksudnya
zara plak princess..

saya rasa xbaik ckp mya zara xde maksud tu....

Noor said...

Assalammualaikum....Zara adalah variasi ejaan daripada nama Sara/Sarah yang bermaksud puteri. Adakalanya juga dieja dengan Zaara. Nama Sarah adalah berasal daripada bahasa Arab, dan juga ada dalam bahasa Yahudi. Beri nama anak tak semestinya kena letak nama dalam bahasa Arab sahaja...apa2 bahasa pun boleh, India ke Cina ke asalkan ia bermaksud baik..Islam ni universal, terpakai untuk semua bahasa dan kaum, bukan hanya untuk kaum Arab dan bahasa Arab. Malah, ada sesetengah perkataan maksudnya baik dalam bahasa sesuatu kaum, tetapi tidak untuk bahasa kaum yang lain. Contohnya, Wahid daripada bahasa Arab yang bermaksud satu dalam bahasa Melayu, tetapi dalam bahasa Maori, satu disebut "Tahi".

Selalulah berbaik sangka dengan nama orang lain. Walaupun namanya tiada maksud, sekurang-kurangnya nama tersebut tidak bermaksud yang buruk atau bercirikan kejahatan. Kalaupun namanya buruk, Allah lebih mengetahui segala yang tersirat di sebalik nama tersebut.

Anonymous said...

salam dik,

Maksud Zara itu adalah puteri, mohon berhati-hati bila berkata-kata...jgn di atas kejahilan kita, tersebarnya fitnah ttg sesuatu perkara..- Senyum-

hafizatul huda said...

Alah..nama arab ke tak arab ke asalkan maksudnye baik dan molek didengar. Jgn lah mengata begitu begini sedangkan nama anak kita nnt pon kita tak tahu mcm mane Allah nk gerakkan hati kita ni nk bg nama apa

Anonymous said...

Nama anak saya nur eva zara. Eva maknanya hawa dalam bahasa inggeris.Ia juga bermakna hidup. Walaupun tiada makna dalam bahasa arab, apakah ia tidak baik untuk diberi nama itu kepeda anak kita? Minta pandangan...

Nurul 'Izzah said...

Assalamu'alaikum..

Pertamanya, saya ucapkan ribuan terima kasih buat yang menegur dan bertanya..

Mungkin ilmu saya bukanlah pada tahap Dr. atau Prof yang mahir bahasa Arab..maka maafkanlah di atas segala kekurangan ilmu yang saya ada..

Cuma saya nak tegaskan di sini tentang kalimah tu sahaja..sebab kita dah terbiasa dengan kalimah arab Fushah kan..sama macam baca Al-Quran.. :)

Buat Puan Anonymous: Sejujurnya saya juga mempunyai seorang kawan yang bernama Eva..setelah meneliti, tiada salahnya nama anak puan begitu..semoga Allah memaafkan jika terdapat kesilapan pada pandangan saya ini..