Wednesday, June 25, 2008

Adab-adab menziarahi rumah

Wednesday- 25th June 2008

Assalamu’alaikum..

Maaf lama tak update (takdela lama sangat kan..hehe). Alhamdulillah dah boleh nikmati vacation di rumah ni..but for this time, 2 weeks je. No, actually tak sampai 2 weeks pun sebab 3hb Julai nanti dah kena tinggalkan rumah..huhu. kes kena gi Pahang, ada kenduri kahwin lagi. (Penat dah nak gi kenduri kahwin……tapi kena gi jugak la..sedihnyeee…sedih bukan sebab penat, tapi sebab tengok orang kahwin).

Ok..ni nak share sesuatu yang berkait dengan kahwin. Ha..kalau bukan pasal perkahwinan pun tetap ada kaitan jugak, sebab ia berkait dengan rumah. Hehe, berbelit-belit pula ye.

ADAB MENZIARAHI RUMAH

Siapa kata kita boleh sesuka hati je gi redah dan masuk rumah orang? Semestinya termaktub perautan yang tersendiri..Dalam surah an-Nuur telah termaktub mengenai adab-adab apabila ingin menziarahi rumah seseorang. Saya pasti, sudah ramai yang tahu kita semestinya sebagai Muslim hendaklah memberi salam terlebih dahulu apabila tiba di hadapan rumah seseorang yang ingin dilawati/diziarahi.


Begitu juga dengan penggunaan loceng. Kini, banyak rumah yang menggunakan loceng bagi memudahkan tetamu kerana sesetengah rumah, jarak dari pagar ke rumah agak jauh. Maka oleh itu, loceng menjadi alat bantu untuk menghubungkan tetamu dan tuan rumah. Peraturan menggunakan loceng juga sama seperti memberi salam. Jika salam diberi sebanyak 3 kali dan tiada sebarang respon, maka pulanglah. Begitu juga dengan loceng. Jika loceng ditekan sebanyak 3 kali dan tiada sebarang respon, maka pulanglah.

Jika anda menziarahi rumah seseorang, pastikan anda tidak berdiri betul-betul di hadapan pintu rumah tersebut. Kita hendaklah berada di sisi kanan atau kiri pintu tersebut. Ini adalah salah satu cara menghormati tuan rumah kerana berkemungkinan ketika tuan rumah menjenguk siapa yang berada di luar, tuan rumah dalam keadaan yang mengaibkan (mungkin tidak menutup aurat atau sebagainya). Bayangkan jika kita berdiri betul-betul di hadapan pintu rumah tersebut, pasti tuan rumah atau kita sendiri yang malu. Ini juga untuk mengelakkan tuan rumah merasa rendah diri atau aib jika tetamu melihat rumahnya dalam keadaan bersepah-sepah atau tidak terurus. Selagi tuan rumah tidak memberi keizinan untuk masuk, maka selagi itulah kita tidak boleh masuk.

Kalau kita sebagai tetamu, kita hendaklah tidak berlama-lama kerana kita juga perlu memahami keadaan tuan rumah terutamanya tuan rumah yang bekerja dan memerlukan waktu rehat. Teruatamnya jika seorang isteri, pasti punyai banyak tanggungjawab untuk menguruskan rumah juga melayan suami dan anak-anak.

Pendek kata, kita sebagai Muslim hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku kita ketika menziarahi saudara mara atau rakan-rakan dan sentiasa menghormati mereka. Jika kita mahu tetamu yang menziarahi kita sentiasa memahami keadaan dan menghormati kita, begitu juga dengan kita apabila menziarahi orang lain =)

Ok..rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsi kali ini. Dapat idea untuk berkongsi hal ni bila ternampak kitab tafsir Al-Munir karangan Dr. Wahbah Zuhaili. Belajar topic ni dalam subjek Ayat Ahkam masa 2nd year dulu..tapi bukanlah detail sangat..kalau nak lagi detail, kena sambung Master la huhu.

Ok, itu aje..wassalam =)

4 comments:

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

betul3...geram sangat kalau org dtg umah pastu bg salam pun dah masa muka betul2 dah masuk muka pintu skit...eee! geram betul! kita masa tu yg x sedar ke, ape ke..x tutup aurat terutamanya...huhuhu..tercemar maruah rasanya! ade gak dtg2, jerit2 nama je...e...

p/s:selalu jd mangsa tetamu yang kurang tahu adab ni...huhu

'izzahUlfah said...

Hmm..tu la, kalo bab jerit2 pgl nama org tu, biasa gak kena. sakit gak telinga. ada jugak budak2 kecik yg suka tekan loceng kat luar rumah tu.kita yg kat dapur ni punya la b'gegas ke depan, tgk2 diaorang yg main2..adui. Last2 off terus suis loceng dr dalam rumah.huhu.

Kalau org datang rumah saya, bg salam kuat ckit ye (kalau pagar berkunci la). Kalau pagar tak kunci, masuk je then bg salam ya :)

FiRdAuS said...

ade yg xtau adab cth mcm org yg jual2, kadang2 org yg minta sedekah pun lebih kurang same jer... mcm nk force utk kite borak2 ngan die lak... geram gak rase, nk tunjuk baik konon, tp adab2 bg salam serta jiran pun masih xlepas... huh!? O.o

p/s: kalo org jual2 tu, ana rase seratus kali die beri salam pun ade gak rasenyer "_? ish2...

'izzahUlfah said...

Firdaus,

A'ah, rumah ana pun slalu gak didatangi org2 yg dtg nak jual brg camtu. tp ana besenye tak bukak pintu sbb sorang2 je kat rumah huhu. penah sekali tu ada sorang penjual tekan loceng rumah byk kali. bingit telinga dibuatnya. dahla mak ana baru dibenarkan keluar dr wad, tgh skit. mmg HOT gakla..ana HOT sebab mengganggu ketenteraman awam.kesian pun ada bila tgk mereka ni bersungguh2 nak menjual..hmmm.