Thursday, November 27, 2008

Rahsiakan pertunangan, umumkan perkahwinan

Assalamu'alaikum..

Emm..di musim cuti sekolah ni pasti ramai yang akan melangkah ke 'dunia baru'..dunia perkahwinan mahupun dunia pertunangan. Ada juga kawan-kawan saya yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan depan..semoga segalanya berjalan lancar dan selamat semuanya nanti..insya Allah.

Kalau perkahwinan, pastinya perlu dihebah-hebahkan dan dimaklumkan kepada orang lain..tapi bagaimana pula dengan pertunangan? Bertunang perlu ke untuk dihebah-hebahkan kepada orang lain? Sebagai seorang yang bakal bertunang,sebaiknya tidak perlu dihebahkan kepada orang lain, kecuali kepada saudara mara atau sahabat terdekat. Ini kerana pertunangan itu adalah separuh langkah menuju perkahwinan, bukan satu kepastian yang jitu tentang perkahwinan kelak. Jika sesuatu yang buruk berlaku,bagaimana? Sebab itulah pertunangan itu perlu dirahsiakan..

Nabi Muhammad S.A.W ada mengingatkan kpd kita:
"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan."
(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu 'anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa' al-Ghalil)

Begitu juga kita sebagai sahabat. Jika kita maklum tentang pertunangan sahabat kita, kita juga perlu merahsiakannya daripada orang lain. Tidak perlu dihebahkan kepada orang lain, samada secara direct ataupun melalui medium lain (sms,email,blog dan sebagainya). Penting untuk menjaga kerahsiaan ini, lebih-lebih lagi sesuatu yang personal atau private dalam kehidupan sahabat kita yang telah atau bakal bertunang.

Sekadar pendapat peribadi daripada saya, melalui pembacaan dan rujukan daripada hadith,buku-buku juga website/blog yang lain..

Untuk sahabat-sahabat yang bakal bertunang, saya rasa pengalaman dan penulisan Abu Saif di sini elok dibaca sebagai rujukan bersama..Begitu juga dengan persiapan dan majlis yang diadakan. Lakukan semuanya secara bersederhana, agar dilimpahi barokah dari Allah. Tidak perlu memancing glamour dan meniru cara Barat kerana kita orang Islam, punya adab-adab yang tersendiri. Dunia sekarang, majlis pertunangan sudah menjadi seperti majlis perkahwinan. Satu konsep yang cukup salah! Saya tidak bercakap kosong, kerana semua ini boleh dilihat di depan mata. Teringat kata-kata seorang Mak sepupu (sepupu ayah saya) yang punyai butik perkahwinan "orang zaman sekarang, nak bertunang macam dah nak kahwin..adui". Buatlah mengikut syariat, bersendikan adat, agar majlis dirahmati dan diberkati Ilahi.

Selamat melangsungkan perkahwinan dan selamat bertunang buat sahabat-sahabat saya!

p/s: Esok insya Allah akan ke majlis sambut menantu di rumah cik Soalhati hehe. Bestnye dah dapat kakak ipar ek.hehe..

Wassalam..

No comments: