topbella

Sunday, November 21, 2010

~ Dah tamaaattt. .~


Assalamu'alaikum..

AGAIN, sangat lama tak update blog ni okay! Maaf dipinta kepada pengunjung blog Bicara Qalbi ni. (erk, ada ke pengunjung?huhu). Terlalu banyak nak diceritakan sebenarnya, jadi terpaksa la conclude aje ye..ni blog berbentuk points.hehehe :D

  • FINAL YEAR EXAM - almost 2 weeks kena jaga exam. So far, okay la kan..masa jaga exam, memang saya garang semacam. OF COURSE la kena tegas. Budak2 skarang jawab exam pun malas, tak serius langsung. Takde kesedaran edaran nak jawab secara bersungguh-sungguh dan jujur. Hanya segelintir je yang betul-betul mengamalkan konsep TAWAKAL. Tolong la, JANGAN MENIRU..tak berkat jawapan, tak berkat juga kehidupan kita. Dalam dok pesan jangan meniru tu, ada juga la students yang saya cekup sebab meniru. Ha, meniru la lagi. Habis exam, tugasan menanda kertas pun bermula lah.. Marking paper english (paper 2) memang menguji kesabaran la..nak marah ada, nak gelak pun ada. Mau tak gelak kalau jawab mengarut sesuka hati dia je. Aduhai anak-anakku form 1 students.. Paper Pendidikan Islam, OK la..tapi sebab ramai yang tak buat revision, maka ramai la yang tak boleh jawab dengan baik. Padahal saya dah pesan baca betul-betul, sebab soalan susah. Dorang ingat saya main-main agaknya. Korang main-main, markah yang korang dapat pun main-main la ye..Man jadda wa jada..
  • JAMUAN AKHIR TAHUN KELAS - End of the school season, it comes with the JAMUAN AKHIR TAHUN. Untuk kelas saya 2C, saya sponsor la semuanya..yela, tahun ni je bersama mereka, tahun depan maybe tak mengajar di situ dah.. Alhamdulillah, anak-anak saya ni baik-baik dan boleh bekerjasama dengan baik untuk menjayakan jamuan ni. GOOD JOB!! Tapi sedih sket sebab tak sempat bergambar kenangan 1 kelas..ai, sibuk bebenor sume anak-anak aku nih. Tak nyempat2 nak bergambo.


  • JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB GURU DESSO - ha, tahun ni jamuan kelab guru masih juga di Paka, tapi tempatnya kat lain hehe. RUMBIA RESORT & VILLA. Kalau korang biasa lalu kat Dungun nak menuju Pahang, mesti korang lalu kat Paka ni. Resort ni sebelum jambatan Paka, memang jelas kelihatan di sebelah kiri jalan. Jamuan kali ni saya SANGAT SUKA sebab saya dapat banyak kali CABUTAN BERTUAH. Owh, betapa BERTUAHNYA saya pada hari itu. ALHAMDULILLAH! ^_^ Sebab family saya jarang la tak bertuah bila ada sesi cabutan bertuah..kehkehkeh :P (bukan riak okayy). Hari tu jugak saya gembira sebab tak perlu drive, just became the co-pilot. Thanks to Sa'idah for the ride. Memang marvelous la naik kete Hon
    da dia ahahaha :D I LIKE :P nak tunggu aku beli kete mewah lambat lagi laaa...so kena setia bersama cik kelisa yang kiut-miut itu. kecik-kecik pun hebaaattt..lajuuuuuu :P Dan akhirnya, tamatlah kontrak saya di SMK Sultan Omar itu sebagai GSTT.. *dah tamaaatttt*


    • MICRO TEACHING - pada 8 november yang lalu, saya menghadiri sesi micro teaching untuk pemilihan guru-guru MRSM. Subjek pilihan saya pastinya Pendidikan Islam/Tahfiz (pastinya akan lebih cerah peluang jika anda seorang hafiz/hafizah, namun saya bukanlah termasuk golongan itu). Seawal jam 5.15 pagi dah mula drive dari Dungun ke Kuala Terengganu. Follow kereta ayah, means kami drive kereta masing-masing, sebab ayah ada kursus untuk para pengetua di Kelantan bermula hari itu juga. Nasib baik ayah drive pelan je, tahu la kan bila cik kelisa follow Mr. Merz..tak terkejor saya. Tiba di Kuala terengganu, singgah rumah nenek jap, tinggalkan kereta saya di situ. then dari situ naik kereta ayah menuju MRSM Kota Putra, Besut. Owh, banyak la perkara2 unexpected yg berlaku. Dahla lama tunggu, alih2 nama saya dibawa ke sesi petang pulak. NGee...nak marah pun ada. Tapi ayah tetap optimis. Ada la tu hikmahnya. Saya menyetujui kata-kata ayah. Akhirnya, tibalah giliran saya. Dengan basmalah saya mulakan derap langkah menuju ke bilik micro teaching. Tajuk yang saya pilih ialah "Menjaga kesucian masjid dan surau". Saya mengajar macam biasa, macam yang biasa yang buat dalam kelas. Tajuk tu memang ada dalam silibus form 2, jadi saya dah biasa la..alhamdulillah. Ingat, masa yang diperuntukkan hanya 15 minit. So, gunakan masa tu sebaiknya dengan isi , cara dan gaya P&P yang terbaik. Tonjolkan keistimewaan anda sebagai graduan IIUM..hehehehe. Dah selesai mengajar, para panel penilai tanya "Kamu ni dah ada Diploma Pendidikan ke?". Erk. Terkedu saya. "Takde ustaz, course saya di UIA dulu tak combine dengan education". dan pelbagai soalan lagi yang akhirnya membuatkan saya sangat gembira dan hampir menangis keharuan sebaik melangkah keluar dari bilik tersebut. Saya terus melangkah laju mencari ayah dan berkata "Ayah, beres insya Allah!". Ayah jawab "Ha, kan ayah dah cakap, mesti ada hikmah kenapa kita kena tunggu berjam-jam untuk hari ni". ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAH. Saya mengharapkan keputusan positif bagi sesi micro teaching ini.
  • 'AIDIL ADHA MUBARAK - Alhamdulillah, tahun ni saya masuk korban. Sangat bersyukur dan gembira. Assorted feelings :) Meriah juga tahun ni walaupun tak balik kampung huhu. Berkampung di Kg. Gong Pasir ni je laa...

  • ZIARAH - Semalam saya dan Tengku sempat menziarahi rakan-rakan di Kertih, 'Ain & 'Alyaa. waaa...'Alyaa dah makin sihat hihi..memang berbeza rupa kawan aku yang sorang ni bila pregnant hehehe. But of course, maintain cantik jelita as usual..berseri-seri gitew :D Pastu, pergi MM (Mesra Mall), terus ke agenda yang digemari ramai..makan-makan! :P Soryla korang, sempat belanja di food court tu je..lain kali kita gi tempat lain okaayyy ;)

Ok, itu ajelah update untuk kali ni...dalam hidup ni kena banyak bersabar..dalam kepala saya sekarang, saya masih berserabut dengan 2 perkara..bilakah perkara2 tersebut akan ketemu penyelesaiannya? Allahu Ta'ala A'lam :(


Ma'assalamah..
Wassalam..

4 maklum balas:

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

panjang bebenor entry nih
apapun good luck ye utk masa akan datang a.k.a mrsm

dh tamat ke kontrak gstt?
belum lg laaa
kn terikat sampai 31 dec
so u still gov servant
akan dipanggil utk bwt keje pd bila2 masa jek

n me will having my vacation + waiting for carrot susu
hahahahaha :p

Nurul 'Izzah said...

Gosh! You're chasing me up to this distance for the carrot susu?? haha. unpredictable :D

Kak, ada lg former entries yg lebih panjang wuhuhu :P

Yup, nanti kena g PPD jugak for any work kan? Ok, will be there soon huhu.

How am I going to treat you that kind of carrot susu? Which kedai do you prefer? Kedai Pakcik Halim kah? wahaha :D

Ok then, Happy Vacation..enjoy the precious moment! ;)

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

any kedai will be accepted
heheheheh
u will be haunted by me...

miss my time at smkso

Anonymous said...

eh, sama tinggi dengan budak form 1 la..hehe =p

.: Me Myself and I :.

My Photo
Nurul 'Izzah
المعلمة في م.ر.س.م
View my complete profile