Bertemu kembali, dah sebulan lamanya tak update. Teruk teruk teruk! :P Ini bermakna, dah sebulan kita cuti sekolah, dan sekolah akan kembali bermula pada minggu depan! Wah, cepat gak rasanya masa berlalu ye..hehe.
Ok, malas nak taip banyak, so macam biasa, kita terus kembali kepada konklusi rentetan kehidupan selama sebulan yang lalu. okay? ;)
- Sejak bermulanya cuti sekolah, maka secara rasminya saya bergelar educated bibik sekali lagi. Heh. Best ke jadi bibik? Ok la..but a bit boring coz have to repeat the same chores.
- Dek kerana kebosanan berada di rumah, akhirnya saya berpeluang menjadi fasi untuk sebuah kem yang dianjurkan oleh sebuah consultant. yeah, bersemangat! Saya sebenarnya jadi follower kepada Puan Zaiti untuk program tu hehe. Overall Alhamdulillah, sangat seronok dapat meluangkan masa bersama adik-adik golongan remaja..hmm..bila jumpa adik-adik ni, teringat pula 'anak-anak' saya di DESSO..especially kelas 2C.hehe. Yang membuatkan saya ralit di dalam program ini adalah kerana saya bukanlah seorang fasi semata-mata, malah saya juga seorang peserta secara tidak langsung. Melihat dan menonton video-video yang ditayangkan cukup membuatkan hati dan minda yang selama ini membeku dan mengeras, lebur dan menghancur sedikit demi sedikit. Alhamdulillah..itulah yang dinamakan MUHASABAH. Renungi kembali segala amalan yang telah kita lakukan, terutamanya amalan-amalan mazmumah yang mendampingi kita. Kikis dan cuba hapuskan segala amalan tersebut, agar diri dan hati kita tidak terpalit dosa dan terus mendapat barokah dah rahmat daripadaNYA, Rabbul 'Izzati..
- A week after, on 18th December, I attended my cousin's wedding at Kamunting, Perak. Wah, first time berlama-lama di Perak! :P Selalunya lalu je negeri ni, tak pernah singgah pun..seronok juga bila duk kawasan rumah cousin ni, sebab bila buka pintu rumah, terus nampak bukit..sebijik sama pemandangan macam kat uia dulu. what a coincidence! ^_^ Selamat pengantin baru buat Kak Mastura & Abang Zam..semoga terus bahagia hingga ke akhir hayat..bercinta hingga ke syurga ^_^ Oh please, saya tahu dah soalan2 yang korang akan tanya.. BILA NURUL IZZAH NAK KAHWIN?? Ohho...such a scary question. The most avoided one! Saya manusia normal, nak kahwin jugak, tapi....belum jumpa yang sesuai kot hehe.
- Then, on the week after, it's time for INTERVIEWS!! Wah..tak sangka pulak berderet-deret interview yang diterima..last week, on Wednesday (22nd December), dapat ke interview j-QAF di IPG Batu Rakit, dekat ngan rumah nenekku. Ok la, punye la takut dan imagine macam2 soalan complicated yang akan ditanya, alih2 kejap je interviewers tanya..and direct to the point..tanya pengalaman mengajar dan komponen2 j-QAF (jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain tu la). Ada la 1 soalan yang aku jawab merapu (sebab dah tak reti sangat dah nak goreng haha). Alhamdulillah, takde la lama sangat interview tu..semuanya berjalan lancar..tunggu result je la..
- Pada pagi hari sebelum aku melangkah kaki untuk sesi ke-2 interview j-QAF, baru la aku perasan ada SMS yang baru diterima. Check punya check..*BERSYUKUR!!!* Rasa nak menangis kat situ jugak sebab malam sebelum interview jqaf tu aku dah down semacam sebab aku tak berjaya untuk ke interview MARA (guru MRSM). Memang down habis sebab ada kawan aku berjaya ke interview tu, padahal aku yang ajar dia macam2 untuk micro-teaching hari tu. So agak musykil dan wujud perasaan tidak puas hati di situ. Sampai la ke pagi, aku diam je dan tak berapa bersemangat nak ke interview. Sebab hati ini lebih mengharapkan interview yang lagi satu. Alhamdulillah, syukur sangat2. So, aku ada ada masa sehari je untuk setelkan segala urusan untuk ke next interview memandangkan interview tu akan berlangsung pada hari jumaat di Ibu pejabat Mara, KL. Hari Khamis petang, kami sekeluarga pun bertolak la ke KL..check in hotel dan sebagainya. Sebelum tidur, sempat la study macam2 sebab ada kawan aku kena soal macam2 hal..dasar2 pendidikan, hukum tajwid (yang ni aku OK, dari kecik aku minat hehe), tafsir, isi kandungan surah dan lain-lain lagi. Sempat juga discuss dengan ayah pasal term2 dalam bidang pendidikan ni. Nasib baiklah dapat ayah seorang pengetua, macam2 info la dia bagi.. Keesokan pagi, bertolak ke tempat temuduga bersama ayah. Mak duk hotel je, kesian mak takut kena tunggu lama, coz she's not feeling well. Tiba di ibu pejabat, kena dapatkan pas pelawat. Hanya calon2 je yang boleh naik ke atas. Means ayah kena tunggu hingga aku selesai interview. Ya Rabbi, harap2 takla lama sangat bila tunggu kat atas sana nun..Tunggu punya tunggu, tibalah turn aku. Overall, interview tu bukanlah interview sangat sebenarnya haha. SEMBANG je banyak! :P Dahla ustaz2 tu asyik buat lawak je..sampai kering bibir aku ni bercakap banyak dalam bilik tu. Ada 3 orang interviewers, 2 orang daripadanya berasal dari Terengganu, dan salah seorangnya pula ex-UIA..means, he's my super senior!(bukan super junior okay haha). Ape lagi, macam2 la dia soal pasal UIA..mula2 kena introduce diri dalam Arabic, then bila dia tahu aku ex-iium, terus kena sambung introduction in english. pengalaman mengajar pun in english. takpe, saya suka, jangan suruh saya sambung in arabic udah le..nanti ada yang tersasul keluar bahasa lain kih3. Alhamdulillah, interview tu selesai hampir pukul 12 tengah hari. Sayalah calon yang paling lama ditemuduga. Memang banyak soalan ditanya, tapi semuanya berkait personaliti diri dan pengalaman mengajar, dutambah pula dengan provokasi2 daripada pihak penemuduga..keluar dari bilik, Alhamdulillah saya mampu tersenyum riang. Tak kisah lah apepun keputusan mereka, yang pasti saya dah melalui proses temuduga dengan baik dan lancar :D
- Hmm, takde ape dah kot..haa...lepas habis interview, petang tu mula la merayap (haha) ke shopping complex..mak nak beli kasut baru..kasut nak mengajar okay, bukan kasut nok jangok. Aku pun tumpang sekaki. Eh2, tiba2 tambah lagi satu aksesori diri.haha :D *sukeeeee* :P
Itu aje lah bicara hati saya buat seminggu dua ni..minggu ni kembali menjadi bibik..hehe. Minggu ni bersihkan bilik, dek kerana air hujan yang menumpang kasih di bilik aku, habis basah lantai dan basket baju2 kotor aku. huhuu....fenaattt mengemas T_T
p/s : Sepanjang aku menghadiri interview, tak pernah lagi aku mendapat penemuduga2 yang amat serius. Semuanya baik2 dan sempoi je..ALHAMDULLAH..dan apa saja keputusan adalah di tanganMU Ya Allah..ALLAHUMMA AMIN.. :)
Wassalam..








0 maklum balas:
Post a Comment