topbella

Thursday, December 30, 2010

~ Syariat itu panduan, bukan gurauan :) ~

Assalamu'alaikum..

Duk belek2 facebook, tiba-tiba terpandang sorang rakan yang add saya di MukaBuku tu. Bukan rakan sebenarnya, tapi bekas pelajar. Mula-mula rasa happy, tapi tiba-tiba tak happy. Why? Sebab gambar dia tak bertudung. Sedih bangat :(

Apa yang saya cuba kaitkan di sini ialah tentang menutup aurat dan syariat.. Kenapa Allah suruh kita tutup aurat? Saje saje je ke Allah suruh kita tutup aurat? Kena pakai baju longgar, baju yang tak jarang, baju yang tak menampakkan susuk tubuh, kena pakai tudung..saje je ke Allah nak suruh kita pakai macam tu? Contoh senang, cuba anda bezakan antara buah cempedak yang dibungkus/dibalut dengan guni sebelum betul-betul masak di pohon, dengan buah cempedak yang terdedah begitu aje di di pohon. Agak-agaknya buah cempedak mana yang anda nak makan? Yang terlindung, terjaga rapi tu ke atau yang terdedah sana sini tu? Fikir-fikirkan...sama la juga dengan kita sebagai hamba Allah yang dhaif lagi tak bermaya tanpa belas ihsan dariNya..

Ok, secara ringkasnya, syariat Islam bermaksud:


  • Syariat = jalan/panduan
  • Syariat Islam = panduan/garis panduan Islam terhadap semua Muslim di dalam kehidupan seharian, yang diberi panduan melalui hukum-hukum tersendiri. Syariat Islam adalah berkait dengan hukum hakam Islam. Halal, Haram, Makruh, harus dan sunat.
  • Sumber hukum : 1) Al-Quran 2) Hadis 3) Ijmak 4) Qiyas 5) Ijtihad

Oleh itu, beringatlah selalu..kita hidup di dunia ni ada peraturan..semuanya dah ditetapkan Allah..dan pastinya Allah tahu kita mampu ikut segala peraturan tersebut..kalau kita tak mampu, masakan Allah memerintahkan kita untuk mengikut syariatnya? Kenapa? Kerana Allah itu Al-'Alim..MAHA BIJAKSANA.. Kalau Allah suruh, ada la kebaikannya. Kalau Allah larang, ada lah keburukan/kesan tidak baik di sebalik larangan tersebut.

Renung-renungkan dan selamat beramal :D

p/s : Bagi sesiapa yang rasa susah sangat nak follow atau concentrate pada syariat Islam ni, saya syorkan anda membeli buku karangan Ustaz Ismail Kamus ni. Buku ni memang sangat popular di Malaysia ni, rugi kalau tak baca sebab isi kandungannya memang bagus, indah, dan menarik untuk dibaca. Kualitinya pun sangat bagus. Kitab ini bertajuk "INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT". Di dalam kitab ni ada isi kandungan mengenai ilmu-ilmu/modul Fardhu Ain untuk diri, keluarga dan masyarakat bagi sepanjang hayat. Kalau sesiapa dah beli tu, jangan lupa khatamkan bacaan anda ye! ;) Kat rumah saya ada 2 buah. Sebuah, mak belikan sempena birthday ayah. Sebuah lagi ayah dapat hadiah masa perpindahan beliau ke sekolah baru.hehe murah rezeki betul bapakku ini :D

Ni kitabnya..saya rasa ramai dah tahu, takpela nak share jugak :P



Sebelum berundur, di sini ada satu pengumuman..

Kepada semua EX-SHAMS (EX-SMKA SHEIKH ABDUL MALEK, KUALA TERENGGANU), anda semua dijemput untuk menyertai Kejohanan Futsal Interbatch Ex-SHAMS pada 1.1.2011 (Sabtu) di Galaxy Futsal, Bangi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk blog ini (futsal interbatch Ex-SHAMS)

Wassalam..


0 maklum balas:

.: Me Myself and I :.

My Photo
Nurul 'Izzah
المعلمة في م.ر.س.م
View my complete profile