Assalamu’alaikum.. :)
Bertemu kembali..Kali ini saya menekan keyboard di atas laptop yang sama tetapi di negeri yang berbeza..di Pulau Pinang! I’m here now, Kepala Batas, Penang :)
Esok genaplah 14 hari (macam lama sangat je hehe) saya di sini..Mula melapor diri pada 10 Januari yang lalu bersama rakan-rakan sejawatan yang lain di pejabat MRSM Kepala Batas ini..Macam biasa, saya cool orangnya..walaupun nervous, saya tetap mempamerkan senyuman manis hehe :P
Tiba di Kepala Batas, terus kami menjenguk seketika bumi MRSM ini..bukan apa, senang sikit la kan kalau dah tahu di mana lokasi tempat saya akan berkhidmat ni..Alhamdulillah, tak susah mana nak cari maktab ni..Seterusnya, lokasi kami ialah pekan KB..cari hotel..menginap di Hotel Seri Malaysia akhirnya..bagus jugak HSM tu terletak di Kompleks Kailan (orang2 sini panggil Kailan je), boleh la ronda-ronda dan shopping apa yang patut :)
Pagi esoknya, after breakfast (actually ramai je bakal pelajar2 MRSM KB yang menginap di HSM hari tu, ramai yang breakfast di situ), terus ke maktab untuk lapor diri..lapor diri biasanya sekejap je kan? Macam tak biasa pulak lapor diri hehe. Ok, lapor diri memang sekejap je, tapi tak sangka pulak lepas tu terus kena hadiri kursus program Ulul Albab di maktab tu..so, kesian la kat parents kena menunggu seketika huhu. Barang-barang punya pasal, so terpaksa la parents tolong tunggu kejap. Chusoumida..
Then, dapatlah masuk check in di hotel warden hehe..Rumah Warden sebenarnya. Mak aih, besar bangat rumah ni! Memang rumah untuk family..bessstt :P Tinggal bawak masuk atau beli barang-barang sendiri je lagi..perabot dah ada semua..Alhamdulillah, urusanku pada hari itu dipermudahkan Allah.. :) Pukul 11.30 pagi, berlangsunglah Majlis Perasmian Program Ulul Albab MRSM Kepala Batas yang dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi..Majlis selesai kira-kira 1 petang..And for the first two days, kami perlu menghadiri kursus Ulul Albab yang dihadiri oleh semua guru baru Pendidikan Islam/Tahfiz dari MRSM2 lain..
Thanks to my beloved Mum & Dad for the accompany..thanks for everything! Ayah lah orang yang paling gembira sambil berkata “Leganya ayah, along dah setel”. Tapi…..ada lagi 1 perkara yang belum setel hehehe.
Selama 2 minggu di sini, apa yang boleh saya simpulkan ialah kehidupan dan rutin harian di MRSM memang cukup pack dan memenatkan. No wonder la pelajar-pelajar kat sini cekap-cekap, sebab mereka dah terbiasa dalam mengejar masa. Time management students di sini memang bagus. Dan untuk para pelajar program baru di sini iaitu Program Ulul Albab, mereka juga bukanlah calang-calang pelajar yang mendaftar di sini. Mostly memang berpotensi tinggi dalam mengahafal, khusunya ayat-ayat suci Al-Quran..for the 1st week, mereka hanya mengikuti Minggu Orientasi seperti biasa..tapi bermulanya minggu ni, mereka dah mula menghafaz surah-surah Taqwiyatul Hifzi seperti surah Yasin, As-Sajdah, Al-Mulk dan Ad-Dukhaan. Bermulanya Isnin depan (next week), semua pelajar akan mula melangkah ke Juz 1..surah Al-Baqarah. Semoga tiada yang rasa malas atau main-main dalam nak menghafaz Kalamullah ini..saya pun dah warning kepada mereka (form 1 perempuan) masa perjumpaan dengan warden-warden Aspuri semalam. Penat memang penat, saya memang tak nafikan. Siapa yang tak penat bila kena bangun pagi seawall pukul 4.30 pagi, kemudian perlu berada di surau maktab selewat-lewatnya pukul 5.30 untuk sesi Tahdhiri..pukul 7.30 pagi sesi Tasmi’..tapi setengah jam sebelum Zohor, para pelajar akan diberi masa untuk tidur seketika (Qailulah). Heheh, bukan pelajar-pelajar je yang tidur, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah pun ada juga yang join sama :P Bagusla, mengumpul tenaga, sebab pukul 2.30 petang ada sesi Muroja’ah pulak..antara waktu Maghrib dan Isya’, kembali ke sesi Tahdhiri..begitulah rutin mereka setiap hari kecuali weekend..sebab kalau weekend dan cuti umum, sesi Tasmi’ dan Muroja’ah tidak berjalan seperti biasa..tapi ingatlah, kepenatan itu bukanlah usaha yang sia-sia kerana itulah usaha dan dikira sebagai perjuangan untuk menuntut ilmu, apatah lagi dalam proses menghafaz Al-Quran..pasti akan ada barakah daripada Al-Khaliq kepada para makhluqNya..
Awal-awal datang sini, memang tak cukup tidur. Pergi sekolah memang mata merah habis. Bukan saya sorang, mostly all of us memang macam tu la hehe. Walakin Alhamdulillah, sekarang dah makin stabil, dah boleh ikut keadaan dan situasi di sini..SERONOK, Alhamdulillah! Terasa sangat bersyukur kerana dapat bersama para pelajar baru malah sentiasa berdamping dengan Al-Quran hampir setiap masa. Ya Allah, semoga nikmat yang dikurniakan ini sentiasa diberkatiMu…
Itu sahaja buat masa ini..insya Allah bersambung lagi di masa yang akan datang :) MRSM Kepala Batas.. Kecemerlangan Berganda :)
* sejurus tiba di Kepala Batas, sehari sebelum hari lapor diri *
* Majlis Pelancaran Program Ulul Albab MRSM Kepala Batas *
* sesi briefing dalam surau *
* Last weekend : Naik bas ronda-ronda KB :P *
* Majlis Penutup Program Orientasi - Persembahan nasyid "Insya Allah" by group Al-Ijtihad :) *
p/s : Lambatnya bulan 2.. :P
Wassalam..












0 maklum balas:
Post a Comment