Tahun baru Masihi dah pun bermula..sekaligus membuka lembaran baru dalam hidupku..Alhamdulillah, permulaan tahun yang baik, Insya Allah. Tahun ni juga bakal menyaksikan pertambahan umurku dan insan-insan lain di seluruh dunia pastinya.hehe.
Dengan bermulanya tahun baru ini, maka dengan ini, saya juga akan memulakan episod baru dalam kehidupan saya setelah ditawarkan untuk mendidik anak bangsa di Kepala Batas, Pulau Pinang. Perasaan? Hmm, biasa je ni, takdela nervous sangat, cuma duk ghisau pasal penempatan di sana..Kena contact pihak sekolah/tuan pengetua la hari isnin nanti insya Allah..
10 Januari 2011 nanti, insya Allah saya akan lapor diri di MRSM Ulul Albab Kepala Batas, Pulau Pinang, jam 8.00 pagi bagi subjek Pendidikan Islam/Tahfiz. ALHAMDULILLAH.. Do'akan perjalanan saya ke sana selamat sejahtera seterusnya dapat melaksanakan segala taklifan yang bakal diamanahkan dengan baik. Amin.. Pada hari tersebut juga akan berlangsung majlis perasmian bersempena pertukaran status MRSM tersebut (naik taraf) kepada Ulul Albab (agama) yang akan dirasmikan oleh mantan PM negara, Pak Lah..I'm looking forward for that event :D
Terima kasih buat semua yang mendo'akan saya, khususnya family, saudara-mara, sahabat handai, guru-guru, dan para pelajar sekalian.. Mungkin berkat do'a kalian, rezeki saya ada di sini. Buat sahabat-sahabat yang lain, usah risau dan gusar, insya Allah, pasti kalian punya tempat dan rezeki tersendiri yang telah Allah tentukan.. Inna Ma'al 'Usri Yusra.. :)
* MRSM Kepala Batas yang akan bertukar nama kepada MRSM ULUL ALBAB Kepala Batas *
Ok, itu saja buat kali ini..selamat malam..jangan lupa baca surah Al-Mulk sebelum tidur :)
p/s : Esok nak ke MM, beli barang untuk persiapan ke sana..Kasut baru untuk mengajar tak beli lagi weh! :P
Wassalam..







5 maklum balas:
Assalamualaikum.
Semoga mempunyai keserasian bertugas di tempat baharu itu nanti. Anak didik sentiasa dahagakan ilmu dari insan guru, jangan hampakan mereka.
Tahniah. TQ
Wa'alaikumussalam.
Insya Allah, mudah-mudahan..Terima kasih Cikgu Lai di atas peringatan :)
Nanti cikgu ajar anak saya..
selamat dtg ke seberang perai... kita sealiran....juga salam ukhuwah... dah dpt rmh?
@ Anonymous : Owh. Insya Allah..seramai lebih kurang 180 pelajar Ulul Albab terpilih untuk berada di MRSM Kepala Batas, mungkin termasuk salah seorang pelajar saya :)
@ radziah AR : Terima kasih.. :) Salam ukhuwwah adihon :) Alhamdulillah, ada tempat tinggal..tinggal di rumah warden. So automatically kena jadi warden la hehe..
Post a Comment