topbella

Thursday, February 24, 2011

~ Bersama mengorak langkah :) ~

Assalamualaikum..


Hi everyone! :) Dah lama tak update blog ni kan? Memang tak berapa nak sempat dah nak update blog ni, so pandai-pandai la kena curi masa..malam ni free sikit, sebab tak kena bertugas Tahdhiri..tapi biasanya memang kena sentiasa ada la di surau tu untuk pantau dan bantu para pelajar tingkatan 1..


So far, dah masuk 2 bulan di sini..MRSM KB :) How's life? Alhamdulillah, so far, everything just fine..I'm happy to be here..to be with students, especially the innocent ones :D And not to forget, with my determined colleagues :) 


Daily routine? Macam biasa..rasanya dah cerita on previous entry. Alhamdulillah dah makin serasi dan biasa dengan kehidupan di sini. Tapi bermula minggu ni saya mula mengajar Pendidikan Islam Tingkatan 4..which is..good to try! Risau jugak sebab tak biasa ajar form 4 students, tapi Mak saya cakap "OK je la..Mak masa mula-mula posting dulu kena ajar Form 4 jugak". Heheh. Ok Mak, arasso :P Esok ada lagi kelas dengan para pelajar form 4..maka kena bersiap sedialah dengan preparation untuk mengajar esok ye wahai Nurul Izzah :D Memang sangat penat bertugas di sini, tapi pengalaman yang dikutip tu membuatkan diri ini menjadi 'alah bisa tegal biasa' ;)


Minggu lepas baru je berlalunya Minggu Aktiviti. Kali ni minggu aktiviti dipenuhi dengan Karnival Sukan..saya rumah Biru okay! Selama ni sentiasa bersama rumah Merah..alih-alih bila mengajar, dapat rumah biru heheh. Saya suka, sebab tahun ni saya observe je, so untuk tahun depan bersiap sedialah rumah BIRU! Kita kalahkan rumah-rumah yang lain! Saya tak tahu pulak untuk cheers setiap rumah tu boleh ada background music, siap ada yang guna lagu korea tu..tak tahan.. :P confirm la catchy semacam je lagu tu huhuh. Takpe, tahun depan meh saya combine lagu korea + arab. Kita tengok ape akan jadi :P :P Apepun, tahniah buat semua rumah, terutamanya kepada juara, Rumah Hijau..kita jumpa lagi pada Karnival Sukan tahun depan insya Allah :) Sepanjang minggu tu, macam-macam aktiviti diadakan..phew...tak menang tangan..kami para guru bujang ni macam biasa la kena jadi judges untuk pertandingan-pertandingan hehe :D Antara aktiviti yang best ialah mencipta wau bagi setiap homeroom. Wah, tak pernah saya cuba buat wau ni walaupun saya memang anak jati Terengganu hehe. Selama ni tengok adik saya si Haziq dan sepupu-sepupu yang lain je duk buat wau..biasanya orang lelaki expert la hal-hal camni :D Tapi Alhamdulillah, saya berjaya buktikan kemampuan saya bersama anak-anak homeroom saya yang spoting semuanya..sayang korang semua!! ^_^


Minggu ni (Isnin yang lalu) ada lawatan para pelajar tingkatan 1 (Program Ulul Albab) ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang..saya jadi guru pengiring sama la sebab Homeroom saya yang pergi. Pendek kata, banyak berjalan gak la minggu ni sebab hari Sabtu nanti insya Allah akan ke Cameron, jadi guru pengiring menggantikan guru Homeroom kelas yang nak pergi lawatan tu..so, just grab the opportunity! hehe :P Hari Ahad pulak kena jadi guru pengiring untuk Program Insentif Hafazan Tingkatan 1 (yang dah mencapai target)..ha, hari Ahad tu aktiviti berkuda..so, jom kita jumpa kuda! (nervous gakni sebenarnya hehe). Aktiviti berkuda ni bukan suka-suki diadakan, namun sebenarnya ia adalah peluang untuk para pelajar ini mencuba sesuatu yang baru yang mana ia juga adalah antara aktiviti/sukan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda..insya Allah, aktiviti berenang dan memanah juga akan turut diadakan pada masa akan datang. Sama-sama kita nantikan :)


Ok, rasanya itu saja buat masa ni..minggu lepas dan minggu ni minda dan hati saya agak tidak tenang sebenarnya..so sekarang sedang merawat hati ni daripada anasir-anasir buruk sebab saya risau jika apa-apa dosa yang yang saya lakukan akan memberi kesan buruk kepada tahap hafazan anak-anak saya (group tasmi' saya). Saya amat risau. Saya amat takut untuk mengalami sesuatu seperti ini. Ya Allah, jauhkan hambaMU yang lemah ini daripada segala apa yang tidak mampu aku hadapi....


Saya akhiri entry kali ini dengan sebuah lirik nasyid dendangan kumpulan Hijjaz..Saya sangat suka nasyid ni, tajuknya RIMBUN KEAMPUNAN :)


Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan 
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian 
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan 
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan 

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan 
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar 
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan 
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda 

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan 
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama 
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran 
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan 

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan 
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati 
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya 
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan 




* the remainned memories :) *


 Proses mula-mula membentuk 'tulang' wau bulan ;)

 Finally..siap pun! Comel tak? Tapi tak menang pun huhuh.

 with beloved daughters :P

 sebelum memulakan perjalanan :)

 outside the museum, visiting the candis..








Bersamalah kita mengorak langkah untuk terus maju ke depan..kegagalan pada hari ini bukanlah penentu kegagalan dan kemusnahan di hari esok, malah ia sebenarnya penunjuk jalan kepada kita untuk terus berjaya di masa akan datang. I've experienced it a lot, especially through my campus days..


Wassalam..

0 maklum balas:

.: Me Myself and I :.

My Photo
Nurul 'Izzah
المعلمة في م.ر.س.م
View my complete profile