topbella

Sunday, July 17, 2011

sem baru..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua..lama betul kan tak update Bicara Qalbi ni huhu. Alhamdulillah saya sihat seadanya..cuma masa tak berapa mengizinkan untuk mencoret kat sini macam zaman belajar dulu. Alam kerjaya memang sibuk dan memenatkan..betuull...tak tipu huhu.

Sem 2 ni, banyak la aktiviti kat sekolah. Buka sekolah je terus pening sebab kena handle students untuk ke program Nadwah lslamiah MRSM peringkat kebamgsaan. Alhamdulillah dah selamat pergi dan selamat pulang..nadwah tahun ni bertempat di Mrsm Kuala Berang, Hulu Terengganu. So saya pergi la..ambil pengalaman. Lagipun, nadwah kali ni memang nak guru penasihat Badar sebagai guru pengiring. Jadi memang sesuai la saya yang pergi..banyak yang dipelajari dan saya dah nekad untuk lakukan yang lebih baik untuk wakil pelajar2 nadwah tahun depan. Ganbate!

Actually masa tulis entry ni saya kat rumah..balik weekend je. Balik untuk berbakti kepada parents n family, especially mak yang sedang sakit. Malam ni pulang kembali ke Kepal Batas..saya balik ni sebab nak jenguk mak, bukan ada hal lain pun..tan kisah la orang2 lain nak buat spekulasi apa..saya tak peduli pun. Korang buat cerita, korang la yang tanggung dosa ye..

Ok, nak berundur dah..esok akan tiba di Penang pukul 6 pagi. Wuhu, mesti penat. Tapi takpe, Nurul 'Izzah seorang yang tabah! ;) esok petang ada aktiviti homeroom..pesta makan buah durian. Mesti seronok anak2 homeroom saya nanti! :D ok, itu aje buat kali ni. Maaf kalau ada typing error, sebab taip entry ni guna handset je, laptop tak bawak balik pun..

Ma'assalamah, wassalam :)

0 maklum balas:

.: Me Myself and I :.

My Photo
Nurul 'Izzah
المعلمة في م.ر.س.م
View my complete profile