Assalamu'alaikum..
Saturday, 19 November 2011
Dah hampir 2 bulan lebih tak update blog nih..sorry ye semua.. Bekerja under MARA memang sibuk..siapa yang cakap jadi cikgu MRSM tu senang, memang silap la..perlukan banyak ketabahan dan kesabaran huhuh. Innallaha Ma'as Sobiriin (ayat ni la yang selalu saya ulang-ulang dalam hati ni).
Ok, sebenarnya banyak ujian yang Allah duga untuk saya dan family akhir-akhir ni.. Sejak berakhir cuti hari raya Aidilfitri hari tu hinggalah sebulan selepas tu, saya dan family diuji Allah dengan keadaan ibu yang sakit tenat hingga perlu warded selama hampir sebulan..dala fatrah itu juga, saya perlu berulang alik dari Penang ke Terengganu..boleh dikatakan dalam seminggu, 2 kali saya akan pulang ke Terengganu. Dalam fatrah itu juga saya memanfaatkan cuti rehat yang diperuntukkan kepada guru-guru dengan sebaiknya sebanyak 4 hari. Maka, masih berbaki 3 hari lagi. Nasib baikla saya langsung tak pernah memohon cuti sebelum ni, rupa-rupanya ada hikmah di sebaliknya..
Ibu saya penghidap kanser. Selepas menjalani kimoterapi, dia mula dapat side effect. Biasanya (kalau orang lain), akan dapat side effect after few hours or 1 day.. Tapi Alhamdulillah ibu saya ni Allah bagi kekuatan lebih sikit..after 1 week baru dia dapat side effect..then, once dia sakit, dia betul-betul sakit hingga perlu ditahan di wad hampir setengah bulan..dalam tempoh itu juga lah saya perlu berulang-aling dari Penang ke Terengganu, Terengganu ke Penang. Penat memang penat, namun ibuku hanya seorang. Mana boleh dicari ganti lagi ibu yang mengandungkan dan melahirkan kita, kan? :(
Dalam tempoh ibu saya menderita melawan kesakitan, hati dan perasaan juga turut menderita di sisi ibu. Di hadapan saudara-mara, mungkin saya masih mampu tersenyum & berjenaka, namun jauh di tasik hati, saya menangis hiba! Saya juga menangis redha. Redha akan segala ketentuan dan kepastian yang bakal Allah aturkan buat kami sekeluarga. Ayah juga banyak menasihatkan saya untuk terus sabar dan redha. Melihat ibu yang tidak sedarkan diri sehingga tempoh beberapa hari tidak dapat mengenali sesiapa, membuatkan saya betul-betul tidak keruan. Bohonglah andainya saya katakan saya tidak menangis. Setiap kali mengambil wudhu' atau ke tempat yang jauh dari pandangan ibu, pasti bercucuran air mata saya. Malah sepanjang perjalanan di dalam bas sekalipun, air mata ini tidak berhenti-henti membasahi pipi. Di saat itu saya amat sedar pentingnya kehadiran seorang ibu. Di saat itu juga saya sedih kerana masih terlalu banyak perkara yang belum saya capai dan gapai untuk membalas jasa ibu. Di saat itu juga saya sentiasa memohon rahmat dan kasih sayang Rabbul 'Izzati agar terus diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik kepada ibu saya agar saya masih sempat bersama-samanya untuk meneruskan kehidupan ini.
Ibu tidak punya anak perempuan lain selain saya. Di waktu ibu sakit terlantar di atas katil, saya dapat merasakan ibu saya benar-benar memerlukan perhatian dan pertolongan daripada saya. Benarlah kata ayah, "hanya anak perempuan yang lebih memahami hati dan kehendak seorang ibu". Sehingga di saat saya perlu kembali bertugas di Penang, ibu saya seolah-olah amat berat hati untuk mengizinkan saya pergi. Namun apakan daya, tugasan di tempat kerja juga merupakan amanah buat saya :( Seboleh mungkin, mahu saja saya mengambil cuti panjang untuk menjaga ibu. Namun, hakikat yang perlu ditelan adalah saya masih baru dan mentah di arena pendidikan ini, malah, saya kerja makan gaji. Namun, saya bersyukur kerana sokongan padu daripada keluarga terdekat, saudara-mara malam rakan-rakan seperjuangan ibu dan ayah sentiasa bersama kami. Saya amat menghargai sokongan itu dan dapat merasakan bahawa betapa besarnya rahmat yang Allah kurniakan kepada kami walaupun pada waktu yang sama Allah menguji kami dengan keadaan ibu yang sakit. Itulah dikatakan rahmat ujian :)
Sepanjang ibu sakit terlantar dan tidak mampu bangun, saya sedaya upaya cuba mempraktikkan ilmu yang tak seberapa yang saya ada untuk mengambilkan wudhu' buat ibu dan mengingatkan ibu tentang rukhsah solat. Alhamdulillah, ibu saya masih mengingati semua itu, lebih-lebih lagi ibu saya juga seorang ustazah. Sepanjang dia terlantar di atas katil, mulutnya tidak berhenti membaca segala ayat Al-Quran yang biasa diamalkannya untuk melawan penyakit kanser. Ibu juga tertidur setelah merasakan sakitnya sedikit hilang sewaktu membaca ayat-ayat Al-Quran tersebut. Saya bkan mahu riya' atau sombong, namun itulah hakikat sebenar tentang ibu saya. Ibuku bukanlah seorang Al-Hafizah, namun hatinya sentiasa dekat dan taat beribadah kepada Allah. Setiap kali usai solat dalam keadaan terbaring, pasti ibu akan berkata "Tak tahu la sah ke tidak solat Mak tadi..moga Allah terima solat Mak". Sedihnya saya. Sebak tak tertanggung. Kita yang sihat ni ada ke terfikir macam tu? :(
Sekarang, Alhamdulillah ibu saya sudah berada di rumah..Alhamdulillah makin recover..sekarang still kena jalani kimoterapi, tapi doktor guna method makan pil sebab takut badan ibu saya tidak kuat untuk menanggung dose di dalam ubat. Ayah juga ada belikan ibu ubat dari Korea, Alhamdulillah berkesan ubat tu. Ubat tu untuk menggantikan sel-sel mati di dalam badan manusia. Kini ibuku sudah mampu untuk solat dan mandi seperti biasa, namun untuk membuat kerja-kerja rumah, kami memang tegah ibu daripada melakukannya sama sekali.
Tak sabar nak balik rumah. Nak jumpa Mak, Ayah, Haziq, si Kuning (my cat), Makcik & family, grandma dan juga Mr Camry baru kekekekeke :P
Ni masih di jabatan (bilik guru), beransur-ansur nak pulang ke rumah dah ni (rumah warden je pun, belakang blok bilik guru ni je :P). Hati kurang sihat ni..kesian saya kan? Selalu je hati dan perasaan tak sihat. Minggu ni betul-betul rasa hati saya seperti dipermainkan...takpelah, saya sabar. Saya sentiasa yakin dan pasti dengan janji Allah kepada hamba-hambaNYA yang sentiasa sabar :) Kalian pun sentiasalah sabar ye..saya balik Dungun insya Allah pada 28 November nanti..drive sendiri. Bawak Mr P balik Dungun. Alamatnya, penuh pulak la kereta kat rumah tu hehehe :D Cuti sekolah kali ni rasanya macam tak cuti sekolah pun..sebab kena datang balik 12-16 Disember untuk interview pengambilan baru pelajar-pelajar Ulul Albab (Tingkatan 1) 2012..dahla saya ni Setiausaha..confirm banyak keje!huhu.
Ok, got to go..balik rumah pulak. dah pukul 6.30 petang ni. Anak dara tak baik balik rumah lewat petang huhu :P kepada semua pelajar, khususnya anak-anak Homeroom Izzah & anak-anak tasmi' Ustazah Izzah, SELAMAT BERCUTI diucapkan! :) Juga buat warga 101 & 401, insya Allah kita jumpa lagi tahun depan ye :)
p/s: Balik rumah sambung marking paper lagi..
Wassalam...
Al-Rasul Sebagai Pendidik
6 days ago






0 maklum balas:
Post a Comment