Assalamu'alaikum..
Sabtu yang damai, 26 November 2011. Sat lagi nak pi jabatan, nak submit tugasan. Dah segan kat kaunselor sebab belum submit. Kawan-kawan lain mungkin dah setel kot, and most of them dah balik kampung. Saya ni je yang masih stay kat sini sebab kena bertugas warden. Tak lupa juga kawan-kawan seperguruan yang masih di sini kerana bertugas menyelia peperiksaan SPM. Biasalah kan..orang muda..macam-macam kerja diberi..Mak saya yang sakit kat rumah tu mungkin orang lain dah lupa :(
Agak buntu juga nak coret apa kali ni. Minggu ni memang rasa tepu otak sebab sejak hari Isnin hingga Rabu, tiap-tiap hari ada meeting. Memang tepu la sebab lama sangat meeting..over limit huhu. Saya tak tahu orang lain macam mana, tapi kalau saya, bila dah dimaklumkan meeting akan berakhir pada jam tertentu, tapi tiba-tiba dah drag ke jam lain, memang terus hilang fokus la...adeyh. So, saya decide hari ni kena relakskan minda kejap..takmau pikiaq pasal kerja huhu.
These past few days pun sibuk nak uruskan Interview pengambilan students Ulul Albab for next year. Naik berpinar mata ni sebab banyak kali nak kena edit working paper tu gara-gara tak cukup ahli panel. Sebab most of us yang kena jadi panel (including me) kena attend Diploma of Education di KPTM Bandar Baru Bangi on 10th December until 1st January 2012...so, hilanglah sudah tenaga panel di situ...maka, HEP pun pening..kami pun pening juga..saya selaku S/U pun terpaksa buat kerja separuh jalan jela sebab tak dapat bersama-sama untuk merasa dan mengendalikan sendiri hari temuduga tu nanti.. Tapi, jangan risau, next year CONFIRM lagi banyak tugasan menanti (macam seronok je bunyinya huhu :P)
See? Rasa macam merepek ntah ape-ape pula kan? Konklusinya, banyakkan memberi di dalam kehidupan kita, walaupun tak banyak yang akan kita terima..kerana kemanisan memberi itu lebih terasa hebatnya daripada menerima..betul tak? :) Jadi, ikhlaskan hati dalam beramal..jangan nak berkira sangat..nanti orang tak suka kita, dan lama-lama orang susah dah nak percaya kita.. :)
Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Nurul Izzah binti Bakar dari bumi MRSM Kepala Batas :P
p/s : Lepas Zohor nanti kena pi Juru, nak servis kereta. Mileage 5000 (baru 5000..masa mula-mula beli kereta dulu sakan la bawak kereta, tapi lama-kelamaan, jadi malas pulak nak drive hihi).
Do'akan saya ye...do'akan saya agar dipermudahkan urusan yang baik-baik..kesihatan yang baik, akhlak yang baik, dan bertemu jodoh yang baik huhu..Terima kasih semua ^_^
Wassalam..
Al-Rasul Sebagai Pendidik
22 hours ago






0 maklum balas:
Post a Comment