Kali ni saya nak kongsi tentang pengalaman saya menjalani microteaching MARA tahun lepas..Saya pasti masih ramai yang tertanya-tanya mengenai micro teaching ni..saya di bawah pengkhususan Pendidikan islam/Tahfiz :) Saya difahamkan calon-calon guru MRSM baru sahaja selesai menjalani ujian personaliti 2 hari yang lalu..kan? semoga dipermudahkan urusan selepas ini :)
MICRO TEACHING
What is micro teaching? Ape benda sebenarnya ni?hehe. Ok, micro teaching ni sebenarnya proses mengajar di dalam kelas yang dilakukan di hadapan para panel penilai..meaning to say, you have to teach the students (walaupun sebenarnya takde pun student dalam bilik temuduga micro teaching tu hehe) within few minutes given to you by using the time wisely and teach them using your own method in teaching. 1) Waktu micro teaching ni, saya NASIHATKAN agar JANGAN SEGAN di hadapan para panel penilai. Anggap je mereka tu sebagai students sebab kadang-kadang para panel tu akan bagi respon juga macam students jawab dalam kelas :) So, bila mereka bagi respon, kita sebagai guru janganla diam pulak kat depan tu..as a teacher, we should appreciate them by saying 'Bagus', 'Ya betul tu' dan apa-apa lagi kata-kata yang sesuai yang boleh memotivasikan pelajar.
2) Seboleh-bolehnya, mengajarlah dengan penuh bersemangat. SUARA anda pastikan KUAT dan boleh didengar hingga ke belakang kelas (bolehla berlatih sia-siap kat rumah tu ye hehe). Ini sangat penting sebab SUARA adalah ASET UTAMA seorang GURU :)
3) DAN JUGA, lebih bagus sekiranya anda MEMBAWA BERSAMA BBM (Bahan Bantu Mengajar) untuk menjadikan kelas anda lebih menarik dan tertarik. BBM ni memang penting..yela, kalau dalam kelas sebenar pun, students memang suka kalau cikgu bawak BBM..tak kisahla apa pun..nak bawak bola ke, gandum, buah ke, kertas ke, atau apa-apa saja..yang penting, ada kaitan dengan tajuk yang hendak diajar :)
[mungkin buah epal ini boleh menjadi BBM anda..siapa tahu? ;)]
4) TOLONG berpakaian kemas ye calon-calon semua..make sure pakaian mentup aurat, tak comot, bertali leher (bagi lelaki), berkasut..saya ni siap ber'name tag' dan ber'brief case' lagi tahun lepas..hasil cadangan ayah..since my father also a teacher, so I bet he knows all these matter very well :)
5) MAKE YOUR CLASS AS INTERESTING AS YOU CAN. Do remember, sekarang MARA amat mementingkan keberkesanan pembelajaran di dalam kelas dengan elemen-elemen yang pelbagai, yang tidak hanya bergantung kepada buku-buku semata-mata. Oleh itu, kata kunci di sini ialah KREATIF. Jadilah sekreatif yang mungkin untuk 'menghidupkan' suasana kelas anda. Inilah konsep saya semasa mengajar (sekarang pun, bukan masa micro teaching semata-mata), sebab saya kena ajar Pendidikan Islam..so, saya cuba menjadikan subjek Pendidikan Islam sebagai subjek yang menarik, bukannya boring!
6) SILA bawa bersama RPH (Rancangan Pengajaran Harian) untuk tajuk yang akan diajar pada sesi micro teaching itu ye..buatlah RPH sebaik dan sebagus yang mungkin :)
7) Last but not least, gunakan segala kemudahan (biasanya disediakan white board & LCD) yang disediakan dengan sebaiknya..tapi, terpulang la kepada anda sama ada nak guna atau tak..yang penting, anda mengajar dengan teratur dan tidak tergagap-gagap atau kelam kabut. Jangan sampai obvious sangatla anda tengah nervous waktu tu..pleaseee.
Kesimpulannya..micro teaching ni sama jela macam 'mock trial' yang students law biasa buat tu..bezanya di sini, anda perlu seolah-olah melakonkan proses mengajar di dalam kelas tanpa ada students di depan anda..boleh faham kan? :)
Ok, setakat itu sahaja buat kali ini..sekarang ni saya berada di Kolej Poly-Tech MARA, Bandar Baru Bangi kerana dihantar oleh MARA bagi mengikuti DPLI di bawah kelolaan UPSI..akan berada di sini selama 3 minggu..then straight away to Penang for next year's responsibilities!! Tahun depan kena ajar untuk SPM..Ya Allah, moga dipermudahkan segala urusanku..
Ma'assalamah,
Wassalam :)







3 maklum balas:
tQ 4 your advice..sy bru lps wat ujian personaliti..tp xthu lg dpt x ke ujian microteching 2...tp klo dpt, sy akn ikut nsihat nie..thnks :)
salam.
tumpang tanya, perlu bawak CV/ resume tak masa interview n microteaching? apa yg prlu dibawak?
terima kasih. : )
Salam..
@ Ashraf Siddiqi: Insya Allah, mudah2an dipermudahkan urusan..kalau berjaya ke micro teaching, buat yang terbaik tau! Kami menanti anda di family MARA ;)
@ fayija: Oh ye, terlupa nak cakap..A'a, PERLU bawa..tapi just untuk rujukan para panel je..bawak la sekali file yang beserta sijil2 ms di Universiti & sekolah dulu.. :)
Post a Comment